Wednesday 29 January 2014

Step 2


Wahai Trilalaa,
Cukuplah mengenanng kisah hitam
Celik mata mu, kan kau melihat cahaya yang berlari melulu kearah mu.
:)
Kisah antara engkau dan dia. THE END.

Bernafaslah!



Syukur!

Tuesday 28 January 2014

Step One


Pernahkah engkau terfikir
dimana semua ini terjadi? dimana na na na naaa....


iya, ia bermula dari HATI.

Hati yang tidak berpendirian tetap, hati yang sentiasa perlu
dimandikan dengan kata kata elok agar

 ia terbentuk dengan sempurna.

Bersyukurlah.

:)







Sunday 26 January 2014

Move On

Saat kau hampir tersungkur
dimana kata kata motivasi yang engkau agung kan dulu
Bangun, bangkit
kata nya engkau, wanita tidak boleh cenggeng

Tidak kah engkau mengetahui bahawasanya
Allah telah menetapkan segala sempurna untuk kita.
Sehebat mana pun kita merancang, Allah jua yang menentukan.

Bersyurkurlah!



Saturday 20 July 2013

Solat dulu ataupun makan dulu ? ha.


solat?

ATAU



makan dulu?


Ramadhan post.


Allahuakhbar allahuakhbar!! *azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu maghrib bagi wilayah persekutuan dan kawasan sewaktu dengannya.*

Senah : Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa 'alayka tawakkaltu wa 'ala rizqika aftartu                birahmatikayya arahman rahimin. Amin. eh, Nab bak sini hulurkan nasi tuh. dengan                      ayam masak lemak cili padi sekali tau, ha dengan ikan siakap sweet sour tu.

Nab : eh , kau da kenapa?  


Senah : da kenapa apa apa? Lapar tahap babun da nie. meh cepat hulurkan.

Nab : nah, makan kurma nie dulu, lepas tuh pergi solat. jangan nak ngada ngada nak makan               dulu. nah amik!


Senah : Nab, aku lapau giler nie. ( lapau = lapar  *gaya orang melaka )

Nab : da, tak de tak de. pujuk rayu mu tak dilayan. jum solat!! assaalatu khairun minan naum.                *tetibe*




ok, the end. malas nak sambung sebenarnya. So,  persoalan nyer disini solat dulu atau makan dulu time berbuka?




meh sini nak share sikit info yang dapat dari Encek Google dan Encek Magazine.

                  
      Makan Dulu

Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. 


Antaranya hadis daripada Anas binMalik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.


Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. 


Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi  dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.


Dalam Faidh al-Qadir l-Imam al-Munawi  pula menyebut bahawa arahan ini merangkumi semua solat dengan katanya: “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”



ha, nampak tak permainan nyer dia sini? Khusyuk itu penting dalam solat.:)

Suara suara sumbang ada bersuara  : ek eleh, nampak nau tak utamakan solat. kau pergi lah solat dulu, lepas tu kau nak pelahap style apa pun , suka hati kau le.



        Salah Faham tu dik. 


Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Hal yang sama apabila kita dilarang bersolat dalam keadaan terasa ingin membuang air besar ataupun air kecil. Nabi bersabda: “Tiada solat (jangan dirikan solat) dalam keadaan makanan terhidang dan dalam keadaan menahan air besar atau air kecil” (Riwayat Muslim). Ini bukanlah bererti kita menganggap buang air besar dan kecil itu lebih utama dari solat, sebaliknya mendahului kedua perkara itu demi menjaga kepentingan solat.


Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi: “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”


Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.


Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.


Kalau nak solat dulu, boleh. tak de hal la. tapi  elakkan  menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Lepas solat baru hidangkan. Tapi kalau da lapar sangat tu, sampai  menusuk hidung bau makanan tu, samapaikan teringat ingat makanan tu, hendaklah kamu makan terlebih dahulu yer. :)


wallahualam. 

apa apa pun, tanya hati, tanya iman. :)






dapat makan ayam percik hari pun , syok jugak.  
ikan bakar ke..

k.bai.